Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 15-Feb-2008 14:19
PENGORBANANKU UMPAMA SEBUTIR GARAM DI LAUTAN
PENGORBANANKU UMPAMA SEBUTIR GARAM DI LAUTAN
Sebuah Kisah Isteri Pertama Allahyaraham Tan Sri Megat Junid
Contributed by ASIKEN @ Kajang

Usia perkahwinan yg sudah mencecah 43 tahun menyebabkan Puan Sri Faizah sentiasa reda
dan pasrah dgn setiap ketentuan dan takdir untuknya dalam melayari bahtera rumahtangga
sebagai isteri orang ternama. Setelah Megat Junid disahkan menghidap kanser pada 2004,
tanggungjawab Faizah sebagai isteri dan ibu semakin berat kerana dia perlu lebih kuat
menghadapi setiap detik yang berlalu.
"Demi kebahagiaan suami dan keluarga, saya terpaksa terima segala-galanya. Jika mahu
hidup dgn tenang, saya perlu terima semua yang datang. Minta Allah tambahkan kebahagiaan
dan kenikmatan dalam hidup ini".


"Ziela menangis ketika mengetahui suami menghidap kanser, saya menasihatkannya supaya
reda dan sabar. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu menangis didepan suami kerana ini akan
melemahkan semangatnya, " katanya ketika ditemui dikediamannya di Kelana Jaya.
"Apa yang saya lalui adalah kehendak Allah.Ketika saya tahu suami berkahwin lain, saya
terasa dunia ini gelap kerana saya beri segala-galanya untuk suami selepas berkahwin.
Apabila suami berkahwin lain, saya tidak salahkan sesiapa. Saya lihat diri saya dulu,
apa salah saya.
"Sejak dahulu saya bertubuh besar. Jika hendak dikatakan tiada anak, kami ada tiga orang
anak.Namun bagi saya ini sudah ditakdirkan oleh Allah. Saya tahu suami berkahwin lain
daripada mulut orang. Pada mulanya saya marah tetapi lama kelamaan saya belajar untuk
menerimanya. Dunia ini adalah pinjaman, termasuklah anak dan suami".


Kali pertama berjumpa Ziela ialah ketika dia melawat suami di Hospital. Sebelum
bertemunya, saya memohon diberi kekuatan daripada Allah untuk memelihara maruah saya.
Saya tidak mahu mengecilkan hati sesiapa. Mungkin tidak ramai wanita yg bermadu mampu
melakukan perkara yang dibuat Faizah. "Setiap kali suami hendak ke rumah Ziela, saya
hantar hingga ke kereta dan tunggu sampai dia naik. Suami saya berusaha untuk berlaku
adil dengan isteri-isterinya.
"Ketika ziela hendak menunaikan haji pada musim tahun lalu, dia memohon maaf daripada
saya dan saya katakan kepadanya, saya juga mohon maaf jika melakukan kesilapan. Ziela
mengatakan saya tiada dosa dengannya.

Sponsors
http://ekahwin.tripod.com() http://daprilmusic.tripod.com()
Click here to Join http://artisglamer.fotopages.com/?entry=1006378(Artis Glamer Fan Club!! )

© Pidgin Technologies Ltd. 2016