Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 12-Dec-2007 14:10
ELLA TABAH HARUNGI PELBAGAI DUGAAN
ELLA TABAH HARUNGI PELBAGAI DUGAAN
By Giggs @ Gombak


Wanita mana yang tidak mahu merasai nikmat berumah tangga dan mempunyai zuriat
sendiri. Begitu juga dengan Ratu Rock Malaysia, Nor Zila Aminuddin, 41, atau Ella
apabila ditanya tantang soal kahwin. Dia mengakui, selepas beberapa kali menjalin
hubungan cinta dia masih belum menemui jodoh yang sesuai. Apakan daya Ella, dia
tetap berusaha namun jodoh, ajal dan maut itu semuanya di tangan Tuhan.


Baginya, peluang mengadakan persembahan sedikit sebanyak mengubat kekecewaannya.
Dia tetap sibuk sekali walaupun tidak banyak publisiti diberikan kepadanya
akhir-akhir ini. Antara projek baru yang dijayakannya ialah 'Konsert Jelajah
Malaysia Dewa 19' di Stadium Likas Kota Kinabalu, Sabah pada 15 Disember. Ella
tetap gembira menjadi sebahagian dari konsert tersebut kerana beliau sangat
mengagumi kumpulan rock dari Indonesia itu.


Ella juga dilaporkan baru pulang dari Jakarta, Indonesia, bagi menyelesaikan
rakaman lagu duet bersama Ruth Sahanaya. Lagu duet ini adalah hasil ciptaan
komposer tempatan serta menampilkan gitaris terkenal, Man Kidal. Ella juga sebelum
ini telah merakamkan semula lagu Jujur (Radja) dalam versinya sendiri.


Berhubung dengan isu video lucah yang mengaitkan dirinya dan Jojie, Ella menganggap
fitnah ini adalah yang terhebat sepanjang lebih 20 tahun Ella berada dalam bidang
seni. Ia cukup memalukan, malah menjejaskan maruahnya sebagai wanita Islam. Namun
Ella berpegang kepada 'Berani Kerana Benar'. Jika betul dia melakukannya, mungkin
sudah lama dia lari meninggalkan negara ini kerana malu. Namun, hasil ketabahan dan
semangatnya, Ella menyerahkan hal ini kepada pihak polis.

Advertorial
http://ekahwin.tripod.com() http://daprilmusic.tripod.com()
Click here to Join http://artisglamer.fotopages.com/?entry=1006378(Artis Glamer Fan Club!! )

© Pidgin Technologies Ltd. 2016